Pages

Thursday 1 August 2013

PROGRAM LATIHAN DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN PNS




PROGRAM LATIHAN DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN PNS

Aktiviti Latihan Keusahawanan menyediakan pakej untuk USAHAWAN memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri‐ciri keusahawanan untuk menjadi usahawan yang berdaya maju dan berdaya saing.

Program‐program di bawah latihan keusahawanan meliputi kursus, latihan, seminar, bengkel bagi input pendedahan, pengetahuan dan kemahiran di tahap pembudayaan keusahawanan, pewujudan usahawan serta peningkatan dan pengukuhan yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan PROUD NATION SOLUTION serta dengan kerjasama agensi‐agensi kerajaan, swasta dan badan‐badan bukan kerajaan (NGO).

Komponen Program
Jenis ‐jenis aktiviti latihan yang dikendalikan di bahagikan kepada dua :
  • Pewujudan Usahawan
  • Peningkatan dan Pengukuhan Usahawan Objektif & Strategi Program
Objektif:
  • Mengenalpasti bakat dan potensi peserta untuk menjadi usahawan berjaya.
  • Peserta dapat mengemukakan rancangan tindakan untuk memulakan projek / perniagaan / perusahaan. 

PROGRAM LATIHAN KEUSAHAWANAN
  • Menerapkan etika perniagaan yang progresif serta sikap positif bagi membolehkan usahawan mengamalkannya dalam menjalankan perusahaan / perniagaan masing – masing.
  • Memberikan pengetahuan pengurusan moden supaya para usahawan dapat mengamalkanya dalam menjalankan perusahaan / perniagaan ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 dan boleh mengikuti perkembangan teknologi moden dan mampu bersaing di pasaran terbuka.
Strategi:
  • Mengadakan kursus‐kursus pembudayaan keusahawan untuk bakal‐bakal usahawan
  • Menganjurkan kursus ‐ kursus pewujudan usahawan bagi membolehkan indvidu memulakan perusahaan / perdagangan / perniagaan
  • Menyediakan kursus ‐ kursus peningkatan untuk usahawan sedia ada bagi membolehkan mereka menimba ilmu perniagaan supaya dapat memajukan perusahaan / perdagangan yang dijalankan
  • Meningkatkan kemahiran para usahawan melalui pendedahan kepada perusahaan / perdagangan Pewujudan Usahawan PROUD NATION SOLUTION akan melaksanakan kursus untuk pewujudan usahawan mulai september 2013. Latihan Pembentukan Usahawan (LPU) bertujuan untuk melahirkan usahawan yang mempunyai wawasan diri dan berkualiti serta bijak dalam mencari peluang perniagaan yang berdaya maju. Sasaran Peserta
  • Terbuka kepada individu yang berminat menceburkan diri dalam perniagaan.
  • Berusia antara 18 hingga 60 tahun dan berkelulusan sekurang‐kurangnya SPM. Peningkatan dan Pengukuhan Usahawan Kursus Peningkatan dan Pengukuhan yang dilaksanakan adalah bertujuan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran usahawan supaya menjadi lebih berdaya saing. Sasaran Peserta
  • Usahawan  yang ingin meningkatkan perniagaan

Penutup

Latihan dan bimbingan yang disediakan bertujuan untuk mewujudkan usahawan baru dari kalangan masyarakat yang berminat menceburi bidang perniagaan serta meningkatkan keupayaan usahawan sedia ada selari dengan matlamat Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian .





0 comments:

Post a Comment