Pages

Sunday 4 August 2013

Dana Biro Ekonomi Proud Nation Solution

Dana Biro Ekonomi Usahawan  diuruskan oleh kumpulan Proud Nation Solution. Dana ini bermatlamat untuk memberi bantuan berbentuk pinjaman perniagaan kepada golongan usahawan.Proud Nation Solution menyediakan dana pinjaman serta bakal melantik institusi kewangan sebagai pengurus dana yang bertanggungjawab untuk memproses, mengeluarkan pinjaman dan membuat kutipan semula.

Kelayakan dan Syarat Pinjaman
Golongan usahawan yang layak untuk mendapat kemudahan pinjaman daripada Dana Biro Ekonomi Proud Nation Solution adalah seperti berikut:
  • Warganegara yang menetap di Malaysia dan berumur antara 18 – 50 tahun. Minima umur pemohon adalah 18 tahun dan maksima sebelum mencapai umur 50  tahun semasa mendaftar secara atas talian ataupun manual
  • Telah mendaftar sebagai pemohon sama ada pendaftaran secara atas talian melalui laman sesawang  atau mengisi borang secara manual.
Telah lulus saringan Proud Nation Solution bagi :

  1. Ujian Minat Kerjaya dan Kecenderungan Keusahawanan
  2. Kursus Asas Perniagaan khusus bagi pemohon yang baru memulakan perniagaan
  3. Kursus Bimbingan Rancangan Perniagaan

  • Tujuan permohonan adalah untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan.
  • Permohonan pinjaman adalah secara individu dan perniagaan dijalankan secara sepenuh masa.
  • Hanya seorang sahaja di antara suami atau isteri yang layak pada bila-bila masa untuk memohon pinjaman.
  • Setiap peminjam mestilah bebas dan bersih dari tindakan undang-undang atau perhutangan

Mengemukakan dua 2 orang penjamin jika perlu. Syarat-syarat penjamin adalah seperti berikut :

  1. Penjamin digalakkan daripada kalangan ahli keluarga.
  2. Setiap penjamin mempunyai pendapatan tetap termasuk elaun-elaun tetap dengan syarat tidak kurang daripada RM 1000.00 sebulan.
  3. Tidak mempunyai rekod tindakan yang berkaitan dengan perhutangan atau seumpamanya.
  4. Seseorang yang layak untuk menjadi penjamin tidak boleh menjamin lebih dari dua 2 orang peminjam dalam satu-satu masa.

  • Borang permohonan yang lengkap dan kertas kerja mestilah dihantar ke pejabat Proud Nation Solution
  • Hanya satu pinjaman  sahaja dibenarkan pada satu-satu masa.

Bagi pemohon yang telah lulus ujian saringan, dan mempunyai ciri-ciri berikut adalah dikecualikan daripada mengikuti kursus bimbingan rancangan perniagaan.

  1. Telah menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan dan mempunyai sijil yang berkaitan. Maka, tidak perlu untuk mengikuti kursus dan layak memohon pinjaman.
  2. Telah mengikuti Kursus Rancangan Perniagaan atau berkaitan yang dianjurkan oleh Akademi Pembangunan Usahawan Proud Nation Solution.
  3. Mempunyai kelulusan peringkat diploma atau ijazah dan telah menjalankan perniagaan dalam bidang berkaitan atau mempunyai kelulusan peringkat diploma atau ijazah dalam bidang perniagaan dan telah menjalankan perniagaan.

Syarat-syarat yang ditetapkan ini bertujuan untuk memastikan mereka yang mahu mendapatkan pinjaman benar-benar serius untuk menjalankan sebarang aktiviti perniagaan apabila pihak Proud Nation Solution memberi kelulusan. Kesemua syarat-syarat ini digariskan juga untuk memastikan golongan usahawan yang layak benar-benar boleh memberi pulangan yang berbaloi dengan bantuan melalui Dana Biro Ekonomi Proud Nation Solution yang telah diberikan.

0 comments:

Post a Comment