Pages

Monday, 12 August 2013

Kesan Pinjaman Bank Tidak Bayar Atau Muflis – Bankrap

Kegagalan membayar ansuran pinjaman atau hutang kad kredit boleh membawa padah buruk
Apabila anda gagal menjelaskan sesuatu pinjaman, institusi kewangan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap anda
Sekiranya pinjaman itu adalah pinjaman kereta, institusi kewangan akan menarik balik dan menjualkan kereta tersebut. Jika ianya pinjaman perumahan, institusi kewangan akan merampas rumah tersebut dan melelongnya
Seandainya hasil lelongan tidak mencukupi untuk menjelaskan hutang sepenuhnya, institusi kewangan akan mengambil tindakan terhadap anda (dan/atau penjamin, jika ada) untuk menuntut baki hutang
Bagi pinjaman tanpa cagaran, institusi kewangan mempunyai beberapa pilihan untuk melaksanakan penghakiman yang diperoleh untuk mendapatkan semula hutang mereka
Ini termasuk perintah rasmi rampasan dan jualan, saman prosiding ‘garnishee’, saman penghutang penghakiman dan petisyen kebankrapan ke atas peminjam (dan/atau penjamin, jika ada)
Buat masa ini petisyen kebankrapan hanya boleh dimulakan sekiranya jumlah hutang terkumpul telah mencecah RM30,000 ke atas
Sekiranya anda telah diisytiharkan bankrap, terdapat banyak sekatan dari segi undang-undang yang akan dikenakan. Pada umumnya anda tidak boleh melakukan perkara berikut:
  • Memegang apa-apa jawatan awam tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (KPJIM)
  • Meneruskan sebarang tindakan mahkamah tanpa izin KPJIM
  • Meninggalkan negara tanpa perintah mahkamah atau kebenaran KPJIM
  • Menjadi pengarah syarikat atau menjalankan perniagaan atau terlibat dalam pengurusan syarikat tanpa kebenaran mahkamah atau KPJIM
  • Melibatkan diri dalam pengurusan syarikat atau menjadi pekerja di syarikat yang dimiliki oleh pasangan atau saudara terdekat dan pasangan mereka
  • Menjadi ahli jawatankuasa mana-mana badan yang berdaftar
  • Tidak boleh membuat sebarang pinjaman melebihi RM1,000 tanpa memaklumkan kepada pemiutang tentang status kebankrapan
Jika anda gagal membuat bayaran ke atas pinjaman, dapatkan nasihat dengan segera. Jangan tunggu sehingga masalah berlarutan dan tidak terkawal
Lebih cepat anda mendapatkan bantuan,semakin mudahlah untuk menyelesaikan masalah anda


Read more: http://www.infoharian.com/info/kesan-pinjaman-bank-tidak-bayar-atau-muflis#ixzz2bjjmdWhp

0 comments:

Post a Comment