Kepada anda yang berhasrat untuk menjadi usahawan, anda tentu lah telah berbincang atau memyatakan hasrat murni anda kepada sahabat atau saudara terdekat, ibu bapa atau isteri anda. Anda mungkin juga telah mendengar dari mereka tentang berbagai cerita tentang usahawan..Ada yang memberikan maklumat yang baik, nasihat atau perangsang. Ada juga yang bercerita tentang kegagalan usahawan lain yang mereka ketahui. Mungkin anda juga ada mendengar tentang mitos keusahawan, bagaimana untuk menjadi usahawan berjaya, perlukah anda mencari ilmu dahulu atau meneruskan atau menghentikan hasrat anda. 10 mitos keusahawanan ini adalah berdasarkan dari penyelidikan oleh pakar keusahawanan.
Mitos #1
Usahawan hanya melakukan tanpa perlu berfikir.
Walaupun usahawan berkecenderungan dan pantas untuk bertindak tetapi mereka juga adalah pemikir, perancang dan berhati-hati. Kerana itu setiap langkah permulaan terhadap keusahawan mereka diperlukan untuk membina pelan perniagaan yang baik dan matlamat mudah dicapai.
Mitos #2
Usahawan dilahirkan bukan diwujudkan.
Mitos
ini mengambarkan usahawan memang dilahirkan semulajadi, keusahawanan
tidak boleh dipelajari. Tetapi pada masa ini keusahawan diwujudkan
dengan kaedah dan model, perlu melalui proses kemahiran, belajar melalui
kajian kes dan pengetahuan dari bengkel dan seminar keusahawanan.
Mitos #3
Usahawan mestilah pencipta (inventor)
Kekeliruan
ini selalu terjadi, sebenarnya untuk menjadi usahawan pelbagai peluang
boleh diraih. Apa yang perlu adalah kebolehan dalam mengenalpasti
peluang dan kreativiti. Ada manusia yang inovatif tetapi mereka bukan
usahawan, contohnya para penyelidik dari organisasi kerajaan atau
universiti.
Mitos #4
Usahawan tidak mementingkan pelajaran dan sosial
Mitos
ini diadaptasikan dari rekod kejayaan usahawan yang wujud dari
kegagalan pelajaran tapi berjaya dalam perniagaan. Tetapi ketika ini
para usahawan dilihat sebagai role-model, mereka berjaya dalam bidang
pelajaran, menjadi pemimpin masyarakat dan sebagai pemangkin ekonomi
negara.
Mitos #5
Mesti memenuhi ciri-ciri atau karektor keusahawan
Ada
orang mengariskan berbagai ciri-ciri dalam diri bagi menjadi usahawan.
Tetapi adakah semua manusia boleh memenuhi semua sifat tersebut.
Ciri-ciri ini telah dikumpulkan oleh para penyelidik dari berbagai
sumber dan sudah pasti bukan berdasarkan atas diri seorang usahawan.
Ciri utama usahawan adalah bersedia untuk mengambil risiko dan
memantapkan motivasi diri.
Mitos #6
Usahawan bergantung pada wang
Benar,
untuk menjalankan perniagaan usahawan memerlukan wang. Tetapi banyak
perniagaan yang gulung tikar disebabkan kegagalan untuk mengurus
kewangan dengan baik. Selain dari itu tiada kemahiran dalam pengurusan,
tiada pengetahuan dalam pelaburan, lemah dalam pengurusan keawangan dan
pelan perniagaan yang tidak strategik juga penyumbang kepada kegagalan
perniagaan.
Mitos #7
Usahawan bergantung pada nasib
Selalu kita dengar kata-kata ini "berlaku pada masa yang betul dan pada
tempat yang betul". Sebenarnya nasib boleh berlaku jika persediaan
cukup untuk mengarap peluang. Persediaan terhadap keusahawanan adalah
yang terbaik untuk mencapai kejayaan. Apa yang tersembunyi dibelakang
nasib itu adalah persediaan, pengetahuan, keazaman, kemahuan dan
inovatif.
Mitos #8
Perniagaan tidak tersusun dan kacau bilau
Mitos
ini adalah datangnya dari mereka yang langsung tidak mengetahui
selok-belok perniagaan, mereka hanya membuat tanggapan. Sebenarnya
usahawan bergerak dari berbagai sudut, mereka sentiasa melihat banyak
peluang didepan mata maka mereka kelihatan seperti tidak terurus atau
tidak terkawal. Sebenarnya mereka mempunyai matlamat dan sistem yang
kadangkala boleh dihuraikan kadangkala tidak. Maka dari kacamata orang
luar ianya kelihatan amat janggal sekali, tetapi usahawan berjaya dengan
cara mereka.
Mitos #9
Kebanyakan usahawan gagal kali pertama
Banyak
usahawan gagal pada kali pertama dalam perniagaan, dan mereka berpegang
dengan kata-kata " jika gagal kali pertama, usaha dan terus usaha".
Benar, kegagalan kali pertama mengajar kita untuk bersedia.
Banyak
usahawan terbukti telah berjaya dalam perniagaan dalam kali pertama,
ini kerana sebelum mereka bergelumang dalam dunia keusahawanan mereka
telah bersedia dengan pengetahuan keusahawanan.
Mitos #10
Usahawan memperjudikan nasib dan pengambil risiko
Kesimpulan
Jika dilihat kembali sangkalan dari 10 mitos diatas, anda akan dapati semua sangkalan tersebut menyebut tentang ilmu keusahawan, berpengetahuan dari merancang perniagaan, strategi perniagaan, inovatif dan perlu cepat mengambil peluang. Semua perkara ini perlu dipelajari dahulu agar setiap usahawan dapat menangani setiap isu didalam perniagaan yang dijalankan dengan teratur dan terancang.
0 comments:
Post a Comment